Wednesday, September 13, 2017

Dua bulan menjadi cabin crew

Pejam celik pejam celik dah dua bulan saya jadi cabin crew. Overall kerja ni memang seronok sgt. Antara kerja yang paling best kalau nak dibandingkan dengan kerja kerja yang saya pernah buat sebelum ni. 

Tapi..

Ada satu problem yang sampai hari ni masih belum terjawab. Saya akan sakit kepala dan muntah masa kerja di cabin. Bila tanya crew lain dorang cakap ni perkara normal sebab masih baru dan belum biasa dengan turbulence, tapi sampai hari ini still belum okay. Boleh kata 70% fly mesti akan sakit kepala dan muntah.

Rawatan

Saya pernah berjumpa doktor dua kali.kali pertama jumpa doktor. Dr. memberikan saya novomin iaitu ubat untuk motion sickness. Doktor tersebut hanya hanya beritahu saya tidak sesuai untuk bekerja sebagai cabin crew. Dalam hati ini berkata punya susah nak dapat kerja dia suka-suka saja cakap tak sesuai.

Minggu berikutnya, saya telah berjumpa doktor di klinik lain dan doktor tersebut telah menulis surat untuk saya berjumpa dengan Specialist di hospital untuk rawatan lanjut. 

Tapi sampai hari ini saya masih belum berjumpa Specialist kerana saya takut hal ini akan affect kerja saya di AirAsia sebagai cabin crew.

Tapi setelah saya fikir masak-masak saya perlu berjumpa dengan Specialist untuk kebaikan diri saya. Takkan hari-hari nak kerja dengan kepada yang sakit dan muntah-muntah.. Saya akan update result tentang keputusan Specialist di blog akan datang.