Monday, March 30, 2015

Gold Chilli

Pernah dengar tak nama restoran Gold Chilli? Terletak di USJ15, betul betul bersebelahan Restoran Al-Hidayah mamak famous kat Subang Jaya tu.

Sebenarnya ni 1st time makan kat sini, tapi terkejut sebab meja semua full. Nasiblah ada kawan dah datang awal n dapatkan meja. Kalau tak jenuh nak menunggu. 

Menu yang special kat sini ialah Chicken Butter. Mmg sedap lah tapi akunrasa aku
Pun boleh buat hehe. Sesekali merasa tempat orang apa salahnya kan. Okay ni pic yang sempat aku ambil malam tu.

Nampak tak kuah butter dia tu. Menggiurkan!

Haa yang aku makan ni 1 set. Tak silap RM11 untuk nasi putih, chicken butter, sup kosong dan air teh o ais.

Restoran dia kecik je tapi orang datang bersilih ganti. Dibuka dari pagi hingga 12 tgh malam. Last order pukul 11.30 mlm ye.

Tuesday, March 17, 2015

Pesta Belon Panas ke 7, Putrajaya

Sabtu lepas 14hb, saya dan dua orang kawan saya sempat meluangkan masa bersama sama ke 7th Hot Balloon Fest Putrajaya.

Memang satu pengalaman menarik bila dapat lihat depan mata cara-cara belon panas yg leper menjadi besar sedikit demi sedikit diisi dengan udara panas. Nampak mudah tapi kalau tak tahu teknik memang payah! 










Sebenarnya teringin nak naik belon tu tapi membayangkan ramai yang beratur panjang kami lupakan niat tu dan kami tular plan untuk tengok wayang kat IOI City Mall Putrajaya. Sampai wayang 11.30 pagi n showtime pukul 12.30pm. Kami tengok cerita Cinderella. Saya bagi 3 bintang je sebab jalan cerita macam dah boleh agak. Huhu


Thanks my friend Fie n Faris for your time. Really enjoyed our moment together.


Friday, March 6, 2015

Logistik

Pernah dalam class Dr. Azizan, doc sering tegaskan jika nak berjaya kita mesti bergaul dan hidup dalam logistik orang yang berjaya dan lebih baik dari kita.

Hari ni aku pergi KL dengan Azman, owner Catering Ilham Kayaman. Baru-baru ni dia pernah ajak joinventure dalam bisnes restoran bulan April nanti. Aku berminat tapi belum muktamad lagi.

Kalau hari lain biasanya aku spend masa dengan partner n budak office je tp hari ni aku dekatkan diri dengan logistik yang lain pula.

Antara tempat yang aku pergi hari ni ialah Jakel Mall, kedai tempah blazer dan solat Jumaat di Masjid Jamek. 

Tapi hati aku masih lagi tercari-cari sesuatu yang masih belum ku tahu apakah dia. Wallahua'lam.

Kami sempat breakfast di The Loaf, Sogo sebelum memulakan pengembaraan. Gitewlah! Haha

Suka dengan konsep santai dan simple The Loaf ni :)

Kedai blazer nak tempah baju pengantin client si Azman

Sebagai seorang lelaki, Solat Jumaat adalah menjadi kewajipan. Tak pernah solat kat sini sebenarnya, tapi seronok jugak!

Sarawak. I'm fallin' in love

Dah lama nak post tentang perjalanan aku di Sarawak hampir seminggu. Tapi bila nak menulis je mesti terbatas bukan sebab tak ada masa tapi ada perkara lain yang lebih penting untuk didahulukan.

Macam macam tempat aku sempat lawati sepanjang berada di Kuching tapi mungkin itu kali terakhir kenangan indah bersama orang tersayang. Kenangan indah yang pasti tak akan aku lupakan.

Makanan istimewa di Sarawak yang sangat sedap, Linut.

Ketika di rumah panjang

Panjat pokok ciku. Acah mak labu, pokok langsat hehe

Dengan family angkat tersayang di Sarawak

Rindunya mee kolok. Miss you much mee kolok! :')

Fast Action Fast Result!

Kelmarin aku sempat ke kedai plastik. Haa nak buat apa aku gi sana?

Jurujual kedai plastik tengah kira barang yang aku order :)

[Flashback]

Ini kali ketiga aku menghadiri seminar Dr. Azizan Osman, yang terkini Millionaire Marketing Mastery (MMM) pada 27 Februari hingga 1 Mac. Sebelum ni aku join seminar percuma di SACC shah Alam dan seminar Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) di Menara PGRM awal bulan Februari.

Dalam class IMKK Banyak perkara yang merubah cara kehidupan aku dan terutamanya hubungan aku dengan Maha Pencipta.

Antara buku dan CD yang diberi untuk pakej VIP IMKK

Berasakan tidak cukup dengan class IMKK, kemudian aku teruskan mendaftar untuk class MMM di mana kami diajar untuk memperkasa teknik marketing yang betul dan pantas. Pada hari kedua je macam macam benda terlintas di fikiran sebab otak terlalu aktif dan semangat nak pulang dan memulakan lembaran baru perniagaan aku yang sebelum ni ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Pada hari ketiga aku diberi ilham dan petunjuk oleh Allah untuk mengeluarkan satu produk yang tak pernah aku terlintas untuk dijadikan bisnes. Padahal benda ni jampir setiap hari aku consume. Dr. Azizan selalu tekankan kepada kami "Buat satu produk yang dapat membantu orang lain dan memberi nilai tambah kepada masyarakat."

Bahan bacaan dan buku nota ketika seminar MMM

Pasti ada yang tertanya tanya apa produk yang aku nak keluarkan tu kan? Please wait and read my next post soon :)