Friday, March 6, 2015

Logistik

Pernah dalam class Dr. Azizan, doc sering tegaskan jika nak berjaya kita mesti bergaul dan hidup dalam logistik orang yang berjaya dan lebih baik dari kita.

Hari ni aku pergi KL dengan Azman, owner Catering Ilham Kayaman. Baru-baru ni dia pernah ajak joinventure dalam bisnes restoran bulan April nanti. Aku berminat tapi belum muktamad lagi.

Kalau hari lain biasanya aku spend masa dengan partner n budak office je tp hari ni aku dekatkan diri dengan logistik yang lain pula.

Antara tempat yang aku pergi hari ni ialah Jakel Mall, kedai tempah blazer dan solat Jumaat di Masjid Jamek. 

Tapi hati aku masih lagi tercari-cari sesuatu yang masih belum ku tahu apakah dia. Wallahua'lam.

Kami sempat breakfast di The Loaf, Sogo sebelum memulakan pengembaraan. Gitewlah! Haha

Suka dengan konsep santai dan simple The Loaf ni :)

Kedai blazer nak tempah baju pengantin client si Azman

Sebagai seorang lelaki, Solat Jumaat adalah menjadi kewajipan. Tak pernah solat kat sini sebenarnya, tapi seronok jugak!

No comments: