Monday, February 25, 2013

Cabaran - Episod 2

Hello.. sebenarnya skrg dah pukul 10 malam tapi curi-curi masa utk tulis blog jap. Skrg balik keje je dh kul 7.30, selesai solat maghrib aku akan terus ngadap laptop sampai ke malam. Sbb wat keje utk project company aku yang baru nak naik.

Cabaran Demi Cabaran

Ouh.. lupa aku nak terangkan sblm ni, selain bisnes pelamin, aku ada jugak buat bisnes lain. Reveworks Event Management. Basically kerja ni sama mcm company yg aku keje skrg, cuma bezanya ni atas usaha aku sendiri. Daripada kita yang bekerja tunggang terbalik utk menjayakan event, lpstu keuntungan semua masuk account Dios, so ada baiknya aku buat company sendiri dan dapat apa yang patut aku dpt..

Dalam aku bekerja, senyap2 aku usahakan n wat research utk new company ni. 
Nak kena pikir dr segala aspek: who will be in my team, task to do, vanue for expo and banyak lagi..
Smuanya aku kna fkir sorg n perah otak utk dapatkan vanue terbaik.
Sbb team aku masih tak tau apa tu expo n how's it runs.

Banyak tempat yg aku dh tnya n survey dr segi harga tapak, antaranya:
1) Jusco Bukit Tinggi, Klang
2) Jusco Bukit Raja, Klang
3) Plaza Alam Sentral, Shah Alam
4) Giant Mall, Banting

So akhirnya aku dapat tempat iaitu di Giant Banting. Billa dah meeting dgn pihak Giant, dorg letakkan harga yg agak tinggi sebenarnya klau nak dibezakan dgn tapak2 yg lain. Cumanya tapak yg lain ada masalah yg tak dpt dielakkan. So utk 1st project ni, my own company will be organizing a wedding expo called Pameran Bahtera Pengantin 2013.

Klau ikutkan mmg ada lagi dua bulan, tp sbnrnya dua bulan tu sgt pendek mcm dua minggu. My team yg belum ada pngalaman mybe dorg sambil lewa n pandang ringan, tp aku akan sedaya upaya push mereka supaya bergerak. Sbb percayalah, nak menjayakan sesebuah event bukanlah tugas mudah.

Hope esok ada harapan n sinar baru bagi aku. Sbb aku akan merancang lebih teliti utk project ni. Owh yea, bila dah ada wedding expo nnti, sbnrnya aku akan letakkan pelamin yang aku dh beli tu dlm expo tu utk tatapan pengunjung yg datang. Hope dorang suka n akan ada tempahan lepas tu.. That's what we called sambil menyelam minum air. Sambil buat expo, sambil berniaga pakej pengantin company sendiri ;)

p/s: Kalau nak intai2 website my company business, leh klik kat http://areveideas.wix.com/reveworks


Friday, February 22, 2013

My brain never stop thinking..

Cabaran

Mmg orang ckp susah susah dahulu, bersenang senang kemudian..
Sekarang aku dpt rasa cabaran tu byk sgt sampaikan sblm tdo otak masih berfikir dan bila bgn dr tdo automatik bnda tu akan muncul balik dlm fikiran..

Ada beberapa bnda yg aku fikirkan skrg..

Bisnes Pelamin

Aku dapat idea ni dr seorang kwn dr Melaka, namanya Ery, dia muda lagi tp dh punya bisnes sendiri.. Mmg tak dinafikan utk mulakan bisnes tu susah, tp bg dorg rezeki n nasib menyebelahi dia. Tak sampai 3 tahun bisnes kad kahwin yg diusahakan kini dah berjaya buka butik pengantin yang gah di Melaka. Sebut je Lumiere Wedding Planner, msti semua org kat Melaka tu kenal..

Jadi aku ceritakan hal ni kat abah.. Aku harap 1 hari nnti aku dpt berjaya mcm dia..
Bila aku suarakan kat abah yg aku nk buat bisnes bridal, abah setuju.. Abah bg modal 3k. Selebihnya aku tambah sendir.. Tp fhm kan, bila duit yg digunakan tu duit org lain, kita tak sedap hati nk guna, klau boleh nk pulangkan blk modal tu cpt cpt kat abah..

Skrg ni, semua brg2 dh dibeli, cuma ada beberapa brg yg perlu ditambah.. Sjak hari tu aku smgt wat marketing n promo.. Dpat la 3 org yg berminat.. tp semua tarik diri sbb katanya takut nak ambil sbb aku tak de butik sendri.. rasa sedih jgk la sbb aku dh pnya smgt tp mcm ni pulak jd nya :(

Ada kawan yg sepatutnya membantu pun tak nampak hasilnya.. Sblm ber bisnes bukan main ckp ini itu. tp bila dh dilaburkan modal, lain pulak jd nya.. Yelah..bukan pakai duit dia pun kan, mungkin tu sbb dia ambil endah tak endah.. "alaa bkn duit aku, tak buat pun tak apa", "alaa nnti lah buat, bukan pakai duit aku pun".

Hurm walaupun kwn baik, tp bila bab bab mcm ni sebenarnya sensitif sikit.. Sblm bisnes dgn harapan ada kwn baik yg akan sama2 naik, tp lain pulak jd nya. Betterlah lps ni cari org yg kita tak kenal.. sbb sng nak berurusan..

Tuesday, February 19, 2013

20 FEB 2013. I'm back!

Alhamdulillah hari ni akhirnya dapat gak aku menaip.
Menaip utk blog yang dah sangat lama aku tinggalkan.
Macam-macam kejadian dan pengalaman dah aku lalui tp tak sempat aku luahkan dlm blog ni..
Yelah kan, nak nak pulak zaman skrg dah famous dgn twitter
boleh cakap semua perasaan n pengalaman aku, aku lepaskan kat sana
sape nak follow twitter aku leh la follow kat @arif_fiego

Malas pulak nak imbas apa yang dah berlaku sepanjang 3 tahun aku tinggalkan blog,
tapi ada banyak kenangan manis n pahit sbnrnya..
Nnti lah aku update bila benda tu terlintas difikiran..urm

Pejam celik pejam celik, umur aku dah cecah 29 tahun.
satu nombor yang agak besar dan boleh diakatan 'tua'.
Bila umur dah semakin meningkat
aku makin sedar dengan apa yang aku lalui setiap hari.
Setiap saat tu sgt penting n jgn bazirkan walau sesaat,
entah nape bila aku menaip ni pun rasa sebak sbb aku menyesal
menyesal kenapa aku tak gunakan masa dgn baik sblm ni..

Tapi org cakap benda yang dah lepas tak baik nak diungkit n dikenang..
So aku move on..
Hari ni aku semakin matang dalam membuat keputusan,
cumanya dari segi kewangan mmg tak dinafikan aku tak sehebat abah semasa dia sebaya aku,
masa abah umur mcm aku abah dah bekeluarga, abah dah mempunyai rumah, kereta n wang simpanan..
pendek kata, lengkaplah utk sebuah keluarga yg cukup makan n tempat tinggal..

Aku? Mcm ni lah jugak dr dulu..
Lepas grad kat UiTM aku menganggur 7 bulan tanpa kerja
Abiskan duit abah je tiap-tiap bulan.
Malunya jd anak lelaki yg mcm tu.
Tp mmg zaman skrg mmg susah nak dpt kerja lag lagi kerja dalam bidang Fotografi.
Sbb aku stdy Degree in Photography..

Tapi Alhamdulillah usaha aku menghantar resume berkali kali ke Media Prima berhasil,
aku dipanggil interview n aku dapat jawatan yg ditawarkan walau persaingan yg sengit.
Mujur Diploma Mass Comm aku jd sumber sokongan untuk dapatkan kerja ni..

Hampir 2 tahun berkhidmat di Media Prima Berhad aku memberanikan diri untuk resign.
Bukan sbb aku sengaja, bukan sbb tak suka,
tapi faktor pihak atasan yang membuatkan aku nekad berhenti,
walau orang berkata kata, tp hanya aku yang fhm sbb aku yg lalui pengalaman tu..

26 November 2012
hari baru utk aku.
Baru dua hari lepaskali terakhir menjejakkan kaki di Media Prima Berhad.
hari ni aku masuk ke sebuah syarikat yang lain.
Dios Astana Bridal nama company yg aku kerja skrg..
Bagi aku kerja kat sini pada mulanya seronok,
dengan harapan aku dapat menyesuaikan diri lama kelamaan,
tp bila sebulan di sini,
aku tak rasa ada kesesuaian kerja kat sini,
cara kerja n pengurusan syarikat tak sistematik.
Bukan nk condemn atau apa,
cuma aku dapat bezakan kekurangan bekerja di sini :(

Masuk hari ni, hampir 3 bulan bekerja kat sini,
aku sebenarnya nak ambil keputusan nekad n berani,
aku nak resign n buat bisnes sendiri,
bisnes apa?
nnti aku buat dlm ruangan blog yg lain k :)

Ouh baru aku prasan cara penulisan aku pun dah lain,
kalau sblm ni mungkin mcm kebudak budakan,
skrg aku dah tak tak menulis @ post something yg tak berfaedah di twitter.
Klau dulu mcm mcm aku tweet, haha.
Bila tgk jumlah tweet, 17,191 semuanya.
Tah apa yg aku tweetkan dalam tu ;p

Ok lah, dah nak kul 10 pagi,
waktu utk bekerja (sbnrnya start kul 9) hehe
nnti ada masa aku update lagi ;)