Tuesday, February 19, 2013

20 FEB 2013. I'm back!

Alhamdulillah hari ni akhirnya dapat gak aku menaip.
Menaip utk blog yang dah sangat lama aku tinggalkan.
Macam-macam kejadian dan pengalaman dah aku lalui tp tak sempat aku luahkan dlm blog ni..
Yelah kan, nak nak pulak zaman skrg dah famous dgn twitter
boleh cakap semua perasaan n pengalaman aku, aku lepaskan kat sana
sape nak follow twitter aku leh la follow kat @arif_fiego

Malas pulak nak imbas apa yang dah berlaku sepanjang 3 tahun aku tinggalkan blog,
tapi ada banyak kenangan manis n pahit sbnrnya..
Nnti lah aku update bila benda tu terlintas difikiran..urm

Pejam celik pejam celik, umur aku dah cecah 29 tahun.
satu nombor yang agak besar dan boleh diakatan 'tua'.
Bila umur dah semakin meningkat
aku makin sedar dengan apa yang aku lalui setiap hari.
Setiap saat tu sgt penting n jgn bazirkan walau sesaat,
entah nape bila aku menaip ni pun rasa sebak sbb aku menyesal
menyesal kenapa aku tak gunakan masa dgn baik sblm ni..

Tapi org cakap benda yang dah lepas tak baik nak diungkit n dikenang..
So aku move on..
Hari ni aku semakin matang dalam membuat keputusan,
cumanya dari segi kewangan mmg tak dinafikan aku tak sehebat abah semasa dia sebaya aku,
masa abah umur mcm aku abah dah bekeluarga, abah dah mempunyai rumah, kereta n wang simpanan..
pendek kata, lengkaplah utk sebuah keluarga yg cukup makan n tempat tinggal..

Aku? Mcm ni lah jugak dr dulu..
Lepas grad kat UiTM aku menganggur 7 bulan tanpa kerja
Abiskan duit abah je tiap-tiap bulan.
Malunya jd anak lelaki yg mcm tu.
Tp mmg zaman skrg mmg susah nak dpt kerja lag lagi kerja dalam bidang Fotografi.
Sbb aku stdy Degree in Photography..

Tapi Alhamdulillah usaha aku menghantar resume berkali kali ke Media Prima berhasil,
aku dipanggil interview n aku dapat jawatan yg ditawarkan walau persaingan yg sengit.
Mujur Diploma Mass Comm aku jd sumber sokongan untuk dapatkan kerja ni..

Hampir 2 tahun berkhidmat di Media Prima Berhad aku memberanikan diri untuk resign.
Bukan sbb aku sengaja, bukan sbb tak suka,
tapi faktor pihak atasan yang membuatkan aku nekad berhenti,
walau orang berkata kata, tp hanya aku yang fhm sbb aku yg lalui pengalaman tu..

26 November 2012
hari baru utk aku.
Baru dua hari lepaskali terakhir menjejakkan kaki di Media Prima Berhad.
hari ni aku masuk ke sebuah syarikat yang lain.
Dios Astana Bridal nama company yg aku kerja skrg..
Bagi aku kerja kat sini pada mulanya seronok,
dengan harapan aku dapat menyesuaikan diri lama kelamaan,
tp bila sebulan di sini,
aku tak rasa ada kesesuaian kerja kat sini,
cara kerja n pengurusan syarikat tak sistematik.
Bukan nk condemn atau apa,
cuma aku dapat bezakan kekurangan bekerja di sini :(

Masuk hari ni, hampir 3 bulan bekerja kat sini,
aku sebenarnya nak ambil keputusan nekad n berani,
aku nak resign n buat bisnes sendiri,
bisnes apa?
nnti aku buat dlm ruangan blog yg lain k :)

Ouh baru aku prasan cara penulisan aku pun dah lain,
kalau sblm ni mungkin mcm kebudak budakan,
skrg aku dah tak tak menulis @ post something yg tak berfaedah di twitter.
Klau dulu mcm mcm aku tweet, haha.
Bila tgk jumlah tweet, 17,191 semuanya.
Tah apa yg aku tweetkan dalam tu ;p

Ok lah, dah nak kul 10 pagi,
waktu utk bekerja (sbnrnya start kul 9) hehe
nnti ada masa aku update lagi ;)

No comments: