Wednesday, January 13, 2010

Apa bezanya manusia?

Aku duduk di bilik seorang diri memikirkan apa yg terjadi kpd kwn aku.. Dia murung..bila ditanya dia menceritakan mslh dia kpd aku.. Dalam masa yg sama aku terfikir kenapa hati manusia ni diciptakan ada yg tetap pendiriannya dan ada yg mudah berubah hati...

Kadang2 aku rasa pelik sgt knapa ada juga manusia yg cpt sgt berubah hati. Dahulunya bercakap macam2. Tetapi bila dh jumpa seseorang yg baru yg lebih dekat, lebih bagus, maka yg lama dilupkan. Betul lah kata pepatah "Dah dapat gading bertuah, tanduk x berguna lagi"..

Ada kemungkinan, ni juga berpunca dari pengalaman hidup yg kurang membuatkan seseorang tu blum cukup matang dalam mengambil kira hal percintaan..



A dan B adalah pasangan bercinta. A dan B telah berjanji akan shidup semati. A adalah lelaki yg sedikit berumur dr usia teman wanitanya. A benar2 menjaga hbgn mereka dengan tidak pernah mencuba utk mencari kwan prempuan yg baru kerana dia yakin bahawa dia sudah berpunya dan hanya akan setia pd yg satu. Di suatu sudut yg lain pula, B adalah seorang wanita yg cantik dan masih muda. Tetapi dia masih lagi berkawan dengan lelaki baru.

Dalam kes ini, bukan untuk mencari kesalahan, tetapi mahu melihat punca yg boleh meretakkan hbgn mereka. Jika dilihat A amat menyayangi B setulus hati. Tetapi apakah pula tujuan B utk mencari lelaki baru? Adakah kerana dia sedang mencari pengganti kalau-kalau A mati @ ditinggalkan? Atau B memikirkan dia seorang yg 'hot' dan menjadi pujaan ramai? Atau mungkin ini adalah faktor B masih muda dan dia hanya ingin suka2 mencari fun n life orang muda?


Pokok pangkalnya hanya satu, keikhlasan dan pendirian yg tetap itu adlh elemen yg sgt penting dlm apa jua perhubungan.. Renung2kan dan Selamat Bercinta..




No comments: